Selamat menyambut Maal
Hijrah kepada semua skot KAGAT 72 dan seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa
hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada
kita semua.
Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan
negara Madinah ialah
mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan
dan pembangunan ekonomi yang dititikberatkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

Oleh itu mengambil semangat hijrah, perlu untuk kita berubah dengan mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara semua, bantu membantu antara satu sama lain dan ziarah menziarahi sesama kita insyaa allah. semoga diberkati dan dirahmati.
Di samping itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke
arah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan
membawa perubahan bermakna kepada seluruh skoot semua. Insyaa Allah.
Salam Maal Hijrah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan